PRODUK TEH LETUP/CIPLUKAN MALAYSIA
rupanya ada Teh Ciplukan Malaysia.
baru tahu..sebelum nie yang tahu teh ciplukan Indonesia jer..Hebat orang Melayu
kita nie. Malaysia Kaya dengan tumbuhan - tumbuhan
HERBA, tapi sayang tidak tahu untuk manfaatkan HERBA - HERBA nie..Buah letup
atau physalis merupakan secara marfolologinya sebagai sejenis tumbuhan berbunga
iaitu dalam genus dalam familinightshade (Solanaceae). Genus ini
dikenali dengan ciri buah berwarna hijau semasa muda dan memudian menjadi
jingga apabila masak(Sila lihat foto disebelah). Buahnya bersaiz
kecil sama seperti buah tomato mini dimana buahnya terlindung atau separa
terlindung dalam kulit nipis seakan kertas lembut yang berasal daripada kaliks.
Diseluruh dunia ada banyak spesies Physalis yang juga ia dipanggil groundcherry. Pokok
ini merupakan tumbuhan herba yang tumbuh 0.4 - 3.0 meter tinggi iaitu serupa
dengan tomato biasa namun lazimnya dengan batang yang lebih tegar dan tegak serta
banyak cabang. Dalam keadaan tertentu ia boleh jadi pokok tahunan atau saka
yang tumbuh secara individu atau berkumpulan. Kebanyakan tumbuhan ini
memerlukan matahari penuh dan suhu panas. Pembiakan melalui bijinya yang
mudah bercambah apabila cukup matang. Dari kajian saintis permakanan, setiap
100 gram buah letup mengandungi kalori sebanyak 53 kcal, Lemak (0.7g), Tiada
kolesterol, Karbohiderat (11 gram atau 3%), Protin (1.9 gram), Vitamin A
(14%), Vitamin C (18%), Bahan mineral Zat Besi (5%) dan Vitamin B-12 (1%).
Bagaimana pun telah banyak produk berasaskan buah daun letup ini diusahakan
sebagai suplemen untuk kesihatan.
Berbalik kepada buah letup, dipercayai dimana
antara khasiatnya adalah kerana ia boleh merawat penyakit seperti
kencing manis, darah tinggi dan menurunkan kadar gula darah pada pesakit
diabetes. Produk ini banyak dihasilkan di Indonesia dalam bentuk teh, kapsul
dan juga cecair (Sila lihat foto disebelah). Kandungan antioksidan
dalam buah letup didakwa amat baik untuk digunakan terutama produk teh ciplukan
yang mudah didapati daripada pengedarnya. Saya belum lagi mencuba produk
berasaskan buah dan tumbuhan ltup-letup ini yang sudah popular dinegara jiran.
Terdapat dakwaan dimana ekstrak buah letup yang masak memang mengandungi bahan
asas yang membunuh sel kanser payudara. Di Indonesia sendiri sebetulnya
sudah ada penelitian yang dilakukan terkait khasiat buah ini. Salah satu
penelitiannya datang dari Cancer Chemoprevention Research
Center, Farmasi Universitas Gadjah Mada (UGM) mengenai khasiatnya terhadap
kanser payudara. Bahagian Akar, Daun hingga Buahnya didakwa mempunyai banyak
khasiat untuk kesihatan. Bahagian Daun yang diproses (terutama untuh dijadikan
teh) didakwa merawat masaalah patah tulang, busung air, bisul, penguat jantung,
terkehel, pedih perut dan kencing nanah. Sementara itu dari bahagian buah
merawat masaalah epilepsi, susah kencing dan juga masaalah jantung. Buah
Letup atau Ciplukan juga sesuai untuk dijadikan jus untuk digunakan
sebagai ubat penenang, pembersih darah, antirematik sehingga meredakan sakit
telinga oleh masyarakat di lembah Amazon. Dalam kes lain di Taiwan, buah
ini digunakan sebagai ubat tradisional untuk menyembuhkan penyakit diabetes,
hepatitis, asthma dan malaria. Perkara ini serupa juga dilakukan oleh penduduk
Peru yang menggunakan daun clipukan ini untuk penyakit hati. Bahkan di Afrika
Barat buah ini dipercaya dapat menyembuhkan kanser.
Penanaman pokok letup atau ciplukan pada penulis
blog memang mudah dilakukan. Ini kerana asasnya pokok letup ini adalah jenis
liar yang tumbuh sendiri sama ada benihnya dibawa oleh burung, air atau pun
dari letupan buah masaknya. Saya membuat penelitian bagaimana untuk menanam
buah letup ini bermula dengan mengutip semua buah letup yang telah matang
(cukup tua dan ranum) dan kemudian dipicit buahnya sehingga biji didalamnya
terkeluar. Kemudian dipisahkan bijinya dengan bahagian lendir atau isinya
dimana kerje sebegini memerlukan kesabaran dan teliti. Kemudian bijinya
diletakkan diatas bekas dan dijemur selama 1 jam. Sediakan tapak semaian dengan
menggunakan tanah campuran atau peatmoss atau cocopeat dan dibubuh baja asas
bersama baja organik. Taburkan benih atau biji letup tadi diatas semaian dan
disiram 2 kali sehari pada waktu petang. Dalam beberapa minggu maka benih aakan
tumbuh dan apabila anakbenih berukuran 10 - 15 cm ia boleh dicabut dan ditanam
dikebun. Kawasan penanaman perlu dibajak tanahnya, dibubuh baja organik dan
dibuat batas jika kawasan tanah rendah. Sebaiknya cabut anakbenih bersama
tanahnya untuk mengelakkan akar pokok tercedera. Jarak tanaman disyorkan adalah
40 cm x 40 cm dan perlu disiram pada peingkat awal penanaman. Pembajaan dengan
baja NPK 15:15:15 dan baja organik diberikan 2 minggu selepas
tanam. Bersihkan rumput yang tumbuh disekitar pokok dimana ini menganggu
pertumbuhan pokok ciplukan. Pokok akan matang dalam masa 4-7 minggu dan mula
berbunga dan berbuah. Penuaian hasil dilakukan dengan memetik buah letup matang
apabila warna buah berganti dari hijau kekuningan dimana kelopak buah
dilihat mulai menguning serta mengering.
nie Teh Ciplukan
INDONESIA.. teringin juga nak rasa TEH CIPLUKAN INDONESIA. ada rezeki boleh lah
ke negara seberang rasa Teh Ciplukan INDONESIA. sekiranya berkinginan hendak
membeli Teh Letup Malaysia. rasanya boleh hubungi nombor berikut
+0145578414/TEH
LETUP LETUP+0145578414/TEH LETUP LETUP+0145578414/TEH LETUP LETUP