Teh letup-letup selash emas

Tuesday, April 16, 2019

TEH LETUP - LETUP KELAMBU




PRODUK TEH LETUP/CIPLUKAN MALAYSIA

rupanya ada Teh Ciplukan Malaysia. baru tahu..sebelum nie yang tahu teh ciplukan Indonesia jer..Hebat orang Melayu kita nie. Malaysia Kaya dengan tumbuhan - tumbuhan HERBA, tapi sayang tidak tahu untuk manfaatkan HERBA - HERBA nie..Buah letup atau physalis merupakan secara marfolologinya sebagai sejenis tumbuhan berbunga iaitu dalam genus dalam familinightshade (Solanaceae). Genus ini dikenali dengan ciri buah berwarna hijau  semasa muda dan memudian menjadi jingga apabila masak(Sila lihat foto disebelah). Buahnya bersaiz kecil sama seperti buah tomato mini dimana buahnya terlindung atau separa terlindung dalam kulit nipis seakan kertas lembut yang berasal daripada kaliks. Diseluruh dunia ada banyak spesies Physalis yang juga ia dipanggil groundcherry. Pokok ini merupakan tumbuhan herba yang tumbuh 0.4 - 3.0 meter tinggi iaitu serupa dengan tomato biasa namun lazimnya dengan batang yang lebih tegar dan tegak serta banyak cabang. Dalam keadaan tertentu ia boleh jadi pokok tahunan atau saka yang tumbuh secara individu atau berkumpulan. Kebanyakan tumbuhan ini memerlukan matahari penuh dan suhu panas.  Pembiakan melalui bijinya yang mudah bercambah apabila cukup matang. Dari kajian saintis permakanan, setiap 100 gram buah letup mengandungi kalori sebanyak 53 kcal, Lemak (0.7g), Tiada kolesterol, Karbohiderat (11 gram atau 3%), Protin (1.9 gram), Vitamin A (14%), Vitamin C (18%), Bahan mineral Zat Besi (5%) dan Vitamin B-12 (1%). Bagaimana pun telah banyak produk berasaskan buah daun letup ini diusahakan sebagai suplemen untuk kesihatan.



Berbalik kepada buah letup, dipercayai dimana antara khasiatnya adalah kerana ia boleh merawat penyakit  seperti kencing manis, darah tinggi dan menurunkan kadar gula darah pada pesakit diabetes. Produk ini banyak dihasilkan di Indonesia dalam bentuk teh, kapsul dan juga cecair (Sila lihat foto disebelah). Kandungan antioksidan dalam buah letup didakwa amat baik untuk digunakan terutama produk teh ciplukan yang mudah didapati daripada pengedarnya. Saya belum lagi mencuba produk berasaskan buah dan tumbuhan ltup-letup ini yang sudah popular dinegara jiran. Terdapat dakwaan dimana ekstrak buah letup yang masak memang mengandungi bahan asas yang membunuh sel kanser payudara. Di Indonesia sendiri sebetulnya sudah ada penelitian yang dilakukan terkait khasiat buah ini. Salah satu penelitiannya datang dari Cancer Chemoprevention Research Center, Farmasi Universitas Gadjah Mada (UGM) mengenai khasiatnya terhadap kanser payudara. Bahagian Akar, Daun hingga Buahnya didakwa mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Bahagian Daun yang diproses (terutama untuh dijadikan teh) didakwa merawat masaalah patah tulang, busung air, bisul, penguat jantung, terkehel, pedih perut dan kencing nanah. Sementara itu dari bahagian buah merawat masaalah epilepsi, susah kencing dan juga masaalah jantung. Buah Letup atau Ciplukan juga sesuai untuk dijadikan jus untuk digunakan sebagai ubat penenang, pembersih darah, antirematik sehingga meredakan sakit telinga oleh masyarakat di lembah Amazon. Dalam kes lain di Taiwan, buah ini digunakan sebagai ubat tradisional untuk menyembuhkan penyakit diabetes, hepatitis, asthma dan malaria. Perkara ini serupa juga dilakukan oleh penduduk Peru yang menggunakan daun clipukan ini untuk penyakit hati. Bahkan di Afrika Barat buah ini dipercaya dapat menyembuhkan kanser.


Penanaman pokok letup atau ciplukan pada penulis blog memang mudah dilakukan. Ini kerana asasnya pokok letup ini adalah jenis liar yang tumbuh sendiri sama ada benihnya dibawa oleh burung, air atau pun dari letupan buah masaknya. Saya membuat penelitian bagaimana untuk menanam buah letup ini bermula dengan mengutip semua buah letup yang telah matang (cukup tua dan ranum) dan kemudian dipicit buahnya sehingga biji didalamnya terkeluar. Kemudian dipisahkan bijinya dengan bahagian lendir atau isinya dimana kerje sebegini memerlukan kesabaran dan teliti. Kemudian bijinya diletakkan diatas bekas dan dijemur selama 1 jam. Sediakan tapak semaian dengan menggunakan tanah campuran atau peatmoss atau cocopeat dan dibubuh baja asas bersama baja organik. Taburkan benih atau biji letup tadi diatas semaian dan disiram 2 kali sehari pada waktu petang. Dalam beberapa minggu maka benih aakan tumbuh dan apabila anakbenih berukuran 10 - 15 cm ia boleh dicabut dan ditanam dikebun. Kawasan penanaman perlu dibajak tanahnya, dibubuh baja organik dan dibuat batas jika kawasan tanah rendah. Sebaiknya cabut anakbenih bersama tanahnya untuk mengelakkan akar pokok tercedera. Jarak tanaman disyorkan adalah 40 cm x 40 cm dan perlu disiram pada peingkat awal penanaman. Pembajaan dengan baja NPK 15:15:15 dan baja organik diberikan 2 minggu selepas tanam. Bersihkan rumput yang tumbuh disekitar pokok dimana ini menganggu pertumbuhan pokok ciplukan. Pokok akan matang dalam masa 4-7 minggu dan mula berbunga dan berbuah. Penuaian hasil dilakukan dengan memetik buah letup matang apabila warna buah berganti dari hijau kekuningan dimana kelopak buah dilihat mulai menguning serta mengering.



nie Teh Ciplukan INDONESIA.. teringin juga nak rasa TEH CIPLUKAN INDONESIA. ada rezeki boleh lah ke negara seberang rasa Teh Ciplukan INDONESIA. sekiranya berkinginan hendak membeli Teh Letup Malaysia. rasanya boleh hubungi nombor berikut

+0145578414/TEH LETUP LETUP+0145578414/TEH LETUP LETUP+0145578414/TEH LETUP LETUP





1 comment:

  1. New Casino - 100% Up To €2000
    The new casino 마이크로 게이밍 features 알바로 모라타 a huge number of games, 메리트 which are powered by Microgaming 바카라분석프로그램 software. The games come with generous features, with a huge jackpot

    ReplyDelete